Tidak kira sama ada pindaan tersebut dilaksanakan bagi memperkasakan hukuman atau menyekat kehidupan, hakikatnya ialah, kesedaran agama yang konservatif dan tegar akan bercanggah dengan arus kemodenan zaman.
Adakah dengan kaedah menekan dengan keras penganut dapat menguatkan lagi penganut? Apakah tindakan memaksa ini benar-benar dapat menyelesaikan isu sosial lebih-lebih lagi krisis moral orang Islam atau rasuah?
Ia merupakan kombinasi teokrasi dan politik. Sebahagiannya ialah untuk melenyapkan skandal dan meneruskan rejim. Sebahagian lagi membenarkan sistem teokrasi diakui di dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum sama ada dari segi hak bercakap, ruang atau pembahagian sumber.
Apa yang membimbangkan rakyat ialah gabungan teokrasi dengan politik sudah pun menggoncang negara kita dan membahayakan sistem sekular dengan merosakkan sistem demokrasi berpolitik. Setelah politik perkauman bertapak dengan membezakan warna kulit, kini sentimen agama pula membelenggu sesetengah pihak. Dua perhimpunan serentak yang akan dilakukan pada 18 Februari di Kuala Lumpur merupakan satu contoh terbaru.
Hari ini, pihak pemerintah dilihat aktif mempromosikan Islamisasi. Pada masa yang sama, orang bukan Islam dilihat seperti ‘musuh khayalan’ sehinggakan tidak teragak-agak untuk menggunakan agensi kerajaan untuk menekan suara yang menekan atau mempersoalkan tindakan kerajaan. Oleh yang demikian, Islamisasi yang semakin berkembang di negara kita juga sebenarnya merupakan teokrasi dengan politik. – Oriental Daily