Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar mengatakan pihak yang bertanggungjawab akan menerima “tindakan yang sangat keras”.
Media melaporkan, beberapa jet terbang rendah di ibu negara, manakala rakyat bergegas pulang ke rumah untuk keselamatan mereka.
Koresponden AFP melaporkan satu letupan kuat di Ankara tidak lama sebelum jam 1:00 pagi (2200 GMT), walaupun belum jelas buat waktu ini apa yang menyebabkan letupan itu.
Ketua tentera Turki, Hulusi Akar, telah ditahan di ibu pejabat tentera di ibu negara selepas percubaan untuk menjatuhkan kerajaan itu, lapor agensi berita Anadolu.
Tentera telah mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung, dalam satu kenyataan yang ditandatangani satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Council for Peace in the Homeland (Majlis Keamanan di Tanah Air).
“Kuasa di negara ini telah dirampas secara keseluruhannya,” menurut satu kenyataan tentera yang dipetik media Turki.