Telco caj lebih RM42 ribu untuk data internet, pengguna bingung

Perkara tersebut viral di Facebook oleh pengguna tersebut yang menggunakan nama Afif Quarto.

Dia mana masih lagi bingung dengan caj berkenaan.

Menurutnya, pihak dia tidak pernah menerima sebarang mesej notifikasi dari telco berkenaan berhubung data internet selama berada di Dubai.

“Saya hairan. Waktu di Dubai saya tak pernah terima sebarang notifikasi dari telco U-Mobile untuk maklumkan caj data atau apa-apa ‘warning’. Terus berjalan dan berjalan caj yang dikenakan.

“Kredit limit saya pun hanya RM300.00. Manalah saya sangka dua ke tiga hari caj yang dikenakan sebanyak ini. Boleh beli sebiji kereta cash!

“Bila saya hubungi pihal telco, mereka memaklumkan tiada kesilapan pada caj yang dikenakan. Saya perlu bayar kalau tidak mereka akan ambil tindakan. Terkejut tak habis lagi sampai hari ini,” memetik status Afif Quarto di Facebook.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah