Taraf pendidikan pelajar India boleh dipertingkat menerusi latihan intensif

“Dalam hal ini, tugas dan tanggungjawab melahirkan seorang insan berilmu dan berwawasa bergantung kepada ibu bapa selain guru-guru di sekolah,” kata Penasihat Khas Menteri Besar Perak, Datuk V. Ilanggo.

Bengkel latihan menghadapi Ujian PT3 bagi pelajar India tingkatan 3 dirasmikan beliau di Ipoh semalam.

Beliau berkata, latihan dan bengkel intensif bersifat membina seperti ini mampu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar India untuk berjaya dalam akademik selain bimbingan guru di sekolah.

Usaha itu katanya harus dipertingkatkan oleh organisasi dan NGO swasta demi generasi muda yang lebih gemilang dan terbilang. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal