Tapak kaki terbesar dinosaur ditemui

Ekspedisi bersama penyelidik Mongolia dan Jepun menjumpai tapak kaki gergasi dengan ukuran 106 sentimeter (42 inci) panjang dan 77 sentimeter lebar.

Ia merupakan salah satu daripada penemuan kesan tapak kaki di pandang pasir Mongolia.

Bulan lalu, satu fosil ditemui di lapisan geologi yang terbentuk antara 70 juta dan 90 juta tahun yang lalu, kata penyelidik dipetik AFP.

Ia acuan pasir semulajadi yang telah ditinggalkan dari kesan tapak kaki di kawasan berlumpur.

Kesan tapak kaki itu dipercayai adalah dari spesis dinasour Titanasaur, iaitu haiwan berleher panjang dan boleh membesar lebih 30 meter panjang dan 20 meter tinggi.

“Ini adalah penemuan yang sangat jarang berlaku kerana ia adalah satu jejak fosil terpelihara yang lebih dari satu meter panjang dengan kesan cengakaman kuku,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Okayama University of Science.

Universiti Jepun bekerjasama dengan Akademi Sains Mongolia dalam kajian ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia