Tafsiran sejarah pasti ada perkara yang tidak dapat dielakkan malah kadang-kala terdapat juga peluang padanya. Begitu juga keadaan politik di Sarawak yang berlaku turun naik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Selepas Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai KM dan mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sarawak daripada Taib Mahmud pada 1 Mac 2014, beliau banyak membawa perubahan kepada negeri sehinggakan menang pada PRN seterusnya.
Populariti Adenan Satem seterusnya terserlah. Adenan turut pernah bergurau dengan pembangkang mengatakan “oleh kerana usianya menjangkau 72 tahun pada tahun lepas, jadi BN berjaya mendapat 72 kerusi. Jika umurnya sudah 80 tahun, nescaya dapat sapu bersih kerusi DUN di Sarawak.” Dalam tempoh setahun selepas PRN, pembangkang di negeri itu seolah-olah tidak wujud.
Namun, siapa sangka Adenan yang baharu menghantar kad ucapan Tahun Baru meninggal dunia. Namun bagaimanakah susun atur negeri Sarawak kelak? Ia benar-benar satu perkara yang sukar, tanpa Adenan, masihkah ada momentumnya?
Dapatkah Ketua Menteri yang baharu dilantik iaitu Timbalan Presiden PBB, Abang Johari dan Naib Presiden Kanan, Awang Tengah memberi kesan menyeluruh? Sejarah sememangnya begini, rancangan manusia tidak seperti rancangan Tuhan. Dengan kehilangan tokoh seperti Adenan ini, sukar untuk mengatakan sama ada undi di negeri itu akan berhak kepada parti pemerintah atau tidak. PRU yang akan datang ini mungkin menjadi penunjuk arahnya.
Walau bagaimanapun, tidak mungkin kekuatan BN masih terus berada di atas. Jika pencapaian orang baharu merosot, mungkin sebahagian ‘peminat’ akan turut hilang. Jadi, adakah Sarawak masih boleh menjadi penentu lagi? Kita hanya mampu berharap orang baru dapat membaca fikiran rakyat dan mengekalkan kesederhanaan serta tidak menjadi orang yang tidak bertanggungjawab. – Oriental Daily