Sejak tiga minggu lepas, laman sosial Facebook mereka meriah dengan dipenuhi kenyataan-kenyataan ‘menghasut’ orang ramai terutamanya mahasiswa yang menjadi sasaran utama mereka.
Jika dilihat sambutan di Facebook, penganjur sudah senyum lebar meraikan kemenangan berjaya menarik perhatian ramai pihak.
Malangnya, ianya gagal diterjemahkan dalam himpunan pada hari ini malah rekod kehadiran hari ini lebih kurang berbanding demontrasi-demontrasi jalanan lain sebelum ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata pihaknya menganggarkan kehadiran peserta demontrasi sekitar 1,000 orang sahaja.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menyatakan komitmen untuk hadir demonstrasi #TangkapMO1 juga membatalkan hasrat tersebut pada saat akhir.
Persoalan mula timbul apakah perkara yang lebih sehingga Tun Mahathir membatalkan kehadiran himpunan Tangkap MO1 sedangkan ketika ini beliau bermati-matian berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Adakah disebabkan kehadiran yang tidak memberangsangkan berbanding Bersih 4 yang dihadiri beliau sebelum ini menyebabkan Tun Mahathir terpaksa berbuat demikian?
Malah penjual air juga turut terasa kesan dengan kehadiran yang amat sedikit ini.
Jika dilihat secara keseluruhannya, pada awalnya himpunan ini berjaya mendapat momentum tetapi secara perlahan-lahan ianya hilang fokus.
Sepanjang himpunan berlangsung, penganjur gagal menjelaskan bagaimana mereka hendak ‘menangkap’ MO1.
Lebih teruk lagi, himpunan tersebut turut dicemari dengan insiden pergaduhan sesama sendiri dan mengganggu lalu lintas.
Walaupun himpunan #TangkapM01 di ibu negara hari ini tidak mengikuti undang-undang kerana penganjur tidak mengikut syarat yang ditetapkan, tiada sebarang tangkapan dibuat.