Tanding tiga penjuru jika PKR langgar janji, kata DAP

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat DAP di sini, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien berkata kedua-dua parti mencapai kata sepakat awal minggu ini sebelum pengumuman tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

“Jika PKR tidak menepati janji mereka maka ya akan ada pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Beliau berkata terdapat dua kumpulan di dalam PKR dengan satu puak menyokong presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan satu lagi kem, timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Rundingan amat sukar tetapi Datuk Seri Azmin yang menyelesaikannya dengan mendapat persetujuan daripada kedua-dua kelompok tersebut,” katanya.

Namun, beliau berkata kelompok ketiga yang tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi itu telah muncul.

“DAP mahu berpegang kepada rundingan yang telah dipersetujui.

“Kami akan berpegang kepada janji dan kami mahu PKR menghormati rundingan yang dipersetujui,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan bahawa keputusan PKR yang dibuat di peringkat kebangsaan tidak selari dengan sentimen di negeri itu. – Mstar

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai