Tanam pokok ketum perlu kajian

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian malah beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan akhbar.

“Banyak pihak tidak bersetuju dengan cadangan itu apatah lagi ia memang tiada dalam perancangan kementerian.

“Bagaimanapun, terlalu awal untuk membuat sebarang ulasan mengenai cadangan itu dan kita akan meminta Ketua Pengarah RISDA, Mohd. Najib A Samad untuk menyerahkan laporan terperinci.

“Saya cuma membaca laporan akhbar mengenai permintaan daun ketum daripada firma farmaseutikal dari Amerika Syarikat,” katanya selepas merasmikan Seminar Gagasan Pemikiran Tun Abdul Razak di Putrajaya pada Khamis. – Kosmo! Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia