Tanah runtuh: Polis isytihar zon merah, 340 penduduk berpindah

Kira-kira 340 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 500 meter diberikan masa sehingga pukul 1.45 petang untuk meninggalkan kediaman mereka pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Supritenden R. Supramaniam berkata, setakat ini hanya enam keluarga dipindahkan dari kawasan tersebut.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati paras air yang mengalir di bawah tanah di kawasan tersebut semakin meningkat.

“Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumkan bahawa sumber air itu bukan daripada paip tetapi kemungkinan limpahan dari kawasan bukit berdekatan susulan hujan lebat,” katanya kepada media.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Selangor melaporkan, kesemua penghuni yang terjejas akan ditempatkan sementara di Sekolah Rendah Agama Serendah sebagai langkah keselamatan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor telah diarahkan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di lokasi yang terjejas.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia