Tambahan Feri Sebuyau-Triso bermula hari ini

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P201 Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Feri Sebuyau-Triso menghubungkan tiga kawasan dewan undangan negeri iaitu Sebuyau, Beting Maro dan Lingga.

“Penduduk-penduduk yang menggunakan feri ini terpaksa menunggu sejam setengah jika terlepas feri kerana hanya sebuah feri yang beroperasi bagi dua hala dimana ia mengambil masa 40 minit bagi satu laluan.

“Perkara ini sememangnya menyukarkan pengguna tambahan lagi muatan bagi sebuah feri hanya terhad kepada sehingga 15 buah kereta”, kata beliau semasa Majlis Kesyukuran, Hari Ibu dan Hari Pekerja Keluarga Mak Nek di Maludam di sini.

Beliau telah mengutarakan isu ini kepada Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sarawak dan minggu lalu dimaklumkan bahawa sebuah lagi feri akan dihantar ke kawasan ini bagi kemudahan pengguna sekitar.

Penggunaan feri Sebuyau-Triso boleh memendekkan masa perjalanan dari 5 jam kepada 2 setengah jam bagi laluan Kuching-Beladin.

Turut hadir meraikan Dayang Kamadiah Abg Ludin (Mak Nek) yang usianya mencecah 100 tahun ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub serta calon Barisan Nasinonal DUN Beting Maro, Razaili Gapor.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai