Tak salah simpan wang di luar negara, kata Ku Li

Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata, perkara itu adalah lumrah untuk ahli perniagaan dan pemimpin politik.
“Ia telah lama berlaku dan semua pihak tahu kewujudan kemudahan untuk menyimpan wang di negara asing bagi mengelak cukai.
“Bukan sahaja ahli politik, tetapi juga sesiapa sahaja yang mahu menyimpan wang di tempat yang dikecualikan daripada cukai, kenapa tidak,” katanya kepada pemberita, pada Selasa.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata demikian merujuk kepada laporan Panama Papers berhubung 11.5 juta dokumen melibatkan pemimpin dunia dan selebriti yang dibongkar hasil siasatan lebih 100 wartawan global.
“Saya tidak katakan ia tidak salah, tetapi jika dengan bertindak sedemikian mereka dapat menjimatkan wang, kenapa tidak,” katanya.
Ku Li bagaimanapun berkata, kerajaan perlu meneliti isu tersebut bagi memastikan wujudnya ketelusan dan tadbir urus yang baik.
“Bagi memastikan wujud ketelusan dan tadbir urus baik, saya fikir tindakan susulan perlu diambil bagi meneliti perkara ini,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia