Tak pelik PAS pecat ahli, kata Hadi

Hadi berkata, perkara seperti itu juga pernah berlaku dalam PAS sebelum ini.

“Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang, PAS memecat ahli yang melanggar disiplin parti,” katanya, memetik laporan Harakahdaily ketika beliau memberi ceramah di Dataran Jeli, semalam.

Jawatankuasa Tataterbit PAS memecat keahlian Husam berkuatkuasa 23 April 2016 kerana didapati melanggar disiplin parti.

Hadi juga berkata parti itu mempunyai 1.1 juta ahli yang bernaung di 192 kawasan di seluruh negara.

“Kita sekarang hanya belum lagi mewujudkan organisasi parti di 30 lagi kawasan di Malaysia,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri