Tahniah Sultan Selangor

Beliau mewakili seluruh warga Kerajaan Negeri Selangor menyampaikan ucapan tahniah tersebut melalui satu kenyataan media yang diedarkan pada Jumaat.

“Sesungguhnya, warga pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh rakyat jelata bergembira dengan sempurnanya Majlis Ijabkabul Tuanku yang dikasihi rakyat dan mendoakan kebahagiaan berkekalan serta memperolehi keberkatan Allah SWT.

“Negeri Selangor akan bertambah seri dan makmur di bawah payung kebesaran Tuanku, sebagai negeri yang penuh berkat dan mendapat pengampunan dari Allah SWT,” memetik kenyataan Azmin.

Sultan Sharafuddin selamat diijabkalbulkan dengan pilihan hatinya, Norashikan Abdul Rahman pada 31 Ogos lalu di Masjid Istana Alam Shah, Klang.

Baginda dan isteri telah dinikahkan oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Norashikin sebelum ini merupakan pembaca berita RTM dan perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua beliau.

Pada tahun 1968, baginda Sultan Selangor telah berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dikurniakan dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Setelah berpisah pada 1986, baginda berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 (berpisah pada 1997) dan mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah hasil perkahwinan tersebut.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia