Tahniah! Fizz, Almy selamat sambut cahaya mata kedua

Perkara itu disahkan Fizz menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar isterinya yang masih lagi berada di hospital.

“Alhamdulilah, isteri saya, Almy Nadia telah selamat melahirkan anak kedua kami pada pukul 9.06 malam tadi. Amin. Doakan yang baik-baik ye,” katanya.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 37 sehingga kini bagaimanapun masih belum mendedahkan jantina bayi mereka.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Afriana Ariana yang kini berusia 2 tahun.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran