Tabung Haji terbukti ‘bersih’

Oleh itu, urus tadbir, ketelusan dan kecekapan TH tidak boleh diragui khususnya pendeposit selain menepis segala persepsi buruk terhadap badan itu sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berkata, Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap agensi itu sepanjang 2015.

“Kejayaan TH mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas, iaitu pencapaian terbaik sejak ditubuhkan turut mencerminkan pengurusan yang baik dan cekap agensi TH.

“Sektor saham menjadi penyumbang tertinggi berbanding sektor lain yang diceburi TH tahun lepas selain sentiasa berusaha mencari peluang pelaburan baharu yang menguntungkan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Program Ehsan TH yang merupakan tanggungjawab sosial korporatnya berjumlah RM43,000 kepada 86 orang asnaf di Perlis hari ini.

Katanya, TH membuat kajian mendalam sebelum membuat pelaburan agar terus meraih keuntungan supaya subsidi menunaikan haji dapat diberikan kepada jemaah setiap tahun.

Menurutnya, TH menanggung subsidi RM7,290 bagi setiap jemaah yang bermakna mereka hanya membayar RM9,980 walaupun kos menunaikan haji telah meningkat kepada RM17,270 seorang.

“Saya ingin menjelaskan bahawa setiap pelaburan TH seperti dalam sektor perladangan, hartanah, kewangan Islam, takaful dan urus niaga saham adalah patuh syariah.

“Pendeposit tidak perlu bimbang. Kedudukan TH adalah kukuh. Saya harap mereka tidak akan terpengaruh dengan tohmahan terhadap TH,” katanya.

Menurut Adi Azuan, selepas menutup akaun dan membatalkan pendaftaran haji, individu itu perlu membuka akaun baru.

Beliau ketika berucap sebelum itu berkata, TH memperuntukkan RM2.2 juta bagi melaksanakan Program Ehsan TH sempena Ramadan tahun ini dengan sumbangan RM500 seorang kepada 4,408 asnaf di seluruh negara.

Katanya, TH sentiasa beriltizam untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya dalam membantu umat Islam, khususnya ibu tunggal, bapa tunggal, warga emas dan anak-anak yatim.⁠⁠⁠

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia