Suspek larikan Nur Dazleen Dazeera dikenal pasti

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata suspek berkenaan merupakan penganggur berusia 25 tahun, didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan tinggal berhampiran rumah mangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil keterangan beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes.

“Kita masih memburu suspek kedua yang dikatakan ada bersama suspek pertama,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran 1Aman Week, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada di Putrajaya pada Jumaat.

Terdahulu, Nur Darleen Dazeera, 15, dilaporkan diculik dua lelaki ketika menunggu van untuk ke sekolah, kira kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 petang semalam, Nur Darleen Dazeera ditemui berjalan sendirian berhampiran rumahnya dan dihantar pulang oleh orang awam.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap