Suspek kes tikam anggota JPJ ditahan reman

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Rozianti Mohamed Hanaphi kira-kira pukul 11 pagi tadi terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Suspek yang berjaya ditangkap semalam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Suspek yang merupakan tukang rumah itu sebelum ini berjaya ditangkap polis di Kampung Petai Bubus, Manir pada Rabu selepas dikatakan keluar mencari makan di tepi jalan di kampung itu akibat kelaparan sekitar pukul 12 tengah hari.

Suspek yang disyaki membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, dengan menikam bertubi-tubi leher dan dada mangsa, ditemui dalam keadaan kelaparan dan keletihan di tepi jalan berkenaan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap