Suspek kes cabul murid tahun dua di Dungun serah diri

Penahanan itu dilakukan setelah remaja berkenaan menyerah diri kepada polis setelah identitinya terdedah melalui rakaman CCTV sekolah berkenaan.

Dia menyerah diri dengan hadir di Balai Polis Dungun ditemani bapanya.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah.

“Kes ini iakan disiasat mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan dan polis akan mohon perintah reman terhadap suspek esok untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Kejadian cabul itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu yang mana suspek dikatakan memanjat pagar untuk memasuki kawasan sekolah.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia