Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, penahanan itu dibuat pada pukul 5 petang Khamis di kediamannya di Kuantan.
“Polis Sarawak berhubung dengan polis Kuantan bagi menjejaki dan menahan suspek.
“Ia menjadikan penahanan kedua setakat ini,” katanya.
Dev berkata, polis dari Kuching akan terbang ke Kuantan pada Jumaat bagi membawa suspek ke Sarawak.
Terdahulu, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan oleh skuad JSJ dari Kuching di di kediamannya di RPR Landeh Kuching pada pukul 12.05 pagi Khamis.
Telefon bimbit dan barangan peribadi suspek dirampas untuk siasatan.
Menurut Dev, beberapa pengguna Facebook mengeluarkan kenyataan melanggar undang-undang berhubung Adenan sejak ketua menteri Sarawak itu meninggal dunia.
“Sehingga kini, 37 laporan polis dibuat di 12 balai polis di Sarawak mengenai empat pengguna Facebook yang mengeluarkan kenyataan fitnah dan mengapi-apikan terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
“Kita memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak memuat naik bahan yang bersifat fitnah atau mengapi-apikan.
“Kita menyeru semua pihak supaya menjaga tingkat laku, terutama ketika tempoh berkabung ini,” katanya. – mStar Online