Suspek aktif samun hotel bajet ditahan

Ketua Polis Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, suspek yang berumur lingkungan 24 hingga 26 tahun itu diberkas di sekitar daerah itu pada 20 dan 21 April.

“Tangkapan pertama dibuat pada 20 April pada 7 malam, seorang lelaki berumur 26 tahun ditahan…hasil soal siasat, pihak kami kemudian membuat tangkapan susulan terhadap dua lagi rakan suspek berumur 24 dan 25 tahun pada keesokan harinya (21 April),” katanya.

Beliau berkata, dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebilah parang, sejumlah wang tunai, jaket polis, gari dan pelbagai jenis kunci kereta.

“Modus operandi yang digunakan kumpulan ini ialah masuk ke hotel bajet sebagai pelanggan dan kemudian mengugut pekerja di kaunter (hotel) menggunakan parang supaya mereka menyerahkan wang tunai sebelum suspek bertindak melarikan diri.

“Selain dipercayai terlibat dalam tiga kes samun di Shah Alam, siasatan menunjukkan mereka turut terlibat dalam dua kes samun di Kuala Langat dan Klang Selatan,” katanya.

Berikutan itu, ketiga-tiga suspek direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Kaseksaan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia