Namun wanita ini yang mahu dikenali sebagai Suria sehingga kini belum menerima barang yang dijanjikan itu walaupun telah membuat bayaran.
Mangsa berkata, dia mengenali lelaki berkenaan yang bernama Kevin Reed sejak awal tahun ini menerusi Facebook.
“Dia mendakwa dia bekerja sebagai seorang jurutera yang memiliki perniagaan yang berjaya. Kami saling bertukar pesanan menerusi Mesengger atas dasar kenalan dan dia sering menggunakan ayat-ayat yang menunjukkan keprihatinannya terhadap saya.
“Satu hari dia memaklumkan bahawa syarikatnya berjaya mengikat kontrak tender dan ingin berkongsi kegembiraan dengan memberikan hadiah kepada saya,” katanya. – Bernama