Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keadaan baginda kini semakin stabil dan baik.
“Baginda Tuanku telah dirujuk untuk rawatan di Singapura pagi semalam, setelah mengadu sakit dada semasa beriadah. Keadaan Tuanku waktu ini adalah stabil dan baik.
“Baginda dibenarkan kembali ke Johor pagi tadi dan sedang berehat di Istana Pasir Pelangi,” katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.
Jelas Mohamed Khaled lagi, sultan kini dinasihatkan untuk mendapatkan rehat secukupnya dan diminta untuk mengelakkan dari melakukan perjalanan jauh.
“Kerajaan Negeri Johor merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan perubatan baginda atas perhatian baik mereka terhadap Tuanku Sultan.
“Kerajaan Negeri mengajak seluruh rakyat Johor dan Malaysia untuk terus mendoakan agar kesihatan Tuanku agar segera pulih,” tambah Adun Pasir Gudang itu lagi.