Sultan Johor perkenan Syed Saddiq menghadap

Syed Saddiq yang juga anak jati Johor, berkata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim juga hadir pada pertemuan di Istana Flinstone di Mersing itu.

“Patik sejujurnya amat terharu dan berasa rendah diri apabila Tuanku bersama seisi keluarga diraja sudi bercemar duli berjumpa patik dan meluangkan masa hampir seharian bersama patik, rakyat biasa,” katanya.

Sambil berikrar akan terus berusaha dan berkerja keras untuk pembangunan negara dan negeri Johor khususnya, Syed Saddiq berkata, keluarga diraja itu melayannya sebagai seorang bangsa Johor dan bukannya seorang ahli politik.

“Sebelum patik tiba di Istana Flinstone secara jujurnya, patik cukup takut dan risau. Bukan kerana takut akan dikenakan tindakan berkenaan surat tempoh hari. Tapi risau sekiranya memang benar surat itu menyinggung perasaan DYMM Tuanku.

“Bukanlah niat patik ingin merendah-rendahkan Tuanku dengan warkah ikhlas tempoh hari,” kata Syed Saddiq dalam surat terbuka keduanya kepada sultan.

Selepas pertemuan itu, beliau berkata, dirinya yakin bahawa sultan mempunyai kepentingan rakyat di hati baginda. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal