Sultan Ibrahim tolak tawaran jadi Yang di-Pertuan Agong

Baginda sebaliknya memberikan laluan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang juga Timbalan Yang Di-Pertuan Agong ke-14 untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016 bagi tempoh lima tahun.

“Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk memberi jalan kepada Sultan Kelantan.

“Ini adalah kerana Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Allah Peliharakan Sultan,” kata kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook Johor Souther Tiger, hari ini.

Sementara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh sama.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) diadakan awal hari ini di Istana Negara bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Turut berangkat ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mesyuarat itu berlangsung selama kira-kira satu jam.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan baginda akan berakhir pada 12 Disember ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia