Suasana suram di Little India Klang

Beliau mendakwa, ia disebabkan tiada inisiatif dilakukan kerajaan negeri untuk mengindahkan Little India sejak mereka memegang kuasa pada 2008.

“Kebiasaannya menjelang perayaan Deepavali, Little India akan dibanjiri orang ramai dan keadaan lalu lintas juga sesak, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sambutan.

“Namun dengan hanya kurang seminggu sebelum perayaan Deepavali, tiada tarikan atau perhiasan diletakkan sepanjang Jalan Tengku Kelana,” katanya.

Katanya, jika tiada tindakan daripada kerajaan negeri menerusi Majlis Daerah Klang bagi mengindahkan kawasan ini, persatuan kami akan menggantung kain rentang untuk mempromosikan perayaan Deepavali.

“Kami juga mahu lampu jalan di sepanjang Little India mengunakan lampu LED,” katanya.

Sementara itu, antara pengasas Sri Kumaran Textile Sdn Bhd di Little India, N. Ravichandran berkata karnival jualan Deepavali yang diadakan di seluruh negara menjejaskan perniagaan di kedainya menjelang perayaan tersebut khususnya pada hujung minggu.

“Jualan di kedai saya merosot mendadak sehingga 40 peratus pada hujung minggu berikutan banyaknya karnival jualan tahun ini,” katanya. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal