Suami ‘tak jadi’ Fara Fauzana nafi suami orang

Menurut Mohamed Hafiz, 30, yang juga merupakan ahli perniagaan, beliau tidak mendirikan rumah tangga dan status perkahwinan itu tidak pernah dirahsiakan daripada Fara.

“Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana.

“Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara,” katanya dalam satu kenyataan media dikirim melalui aplikasi WhatsApp, pada Rabu.

Mohamed Hafiz pada masa sama menegaskan bahawa penyebaran berita tersebut adalah satu bentuk fitnah yang menyebabkan keaiban yang tidak dapat memulihkan nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan, selain menyebabkan tekanan emosi kepada beliau dan ahli keluarga terdekat.

“Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian.

“Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya.

“Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Fara Fauzana, 36, mengumumkan perkahwinan beliau dengan Mohamed Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

Memetik kenyataan Fara kepada media sebagai berkata, keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran