Wanita berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Zarina itu diserang pada Selasa di wilayah Balkh, utara Afghanistan, kata pengarah sebuah hospital di Mazar-I-Sharif, Noor Mohammad Faiz.
“Saya tidak mahu hidup bersamanya lagi, saya mahu dia ceraikan saya. Penjarakan dia,” kata Zarina kepada AFP ketika ditemui di hospital berkenaan.
Menurut Noor, Zarina yang berkahwin dengan lelaki itu ketika berusia 13 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan berlumuran darah dan kritikal.
“Kami akan cuba merawatnya, jika gagal dia perlu dibawa ke luar negara,” katanya.
Jurucakap gabenor Balkh, Sher Jan Durrani berkata, suspek telah melarikan diri.
“Sebaik kejadian itu berlaku, suami mangsa telah melarikan diri dan pihak polis sedang mengesannya,” katanya.