Suami isteri kasari anggota MBSA dipenjara 14 hari

Majistret P. Sarulatha menjatuhkan hukuman tersebut selepas Lor Ka Hoo, 35, dan isterinya Tan Sit Fun, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun majistret membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan, pasangan tersebut didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, yang merupakan penjawat awam ketika sedang menjalankan tugas dengan niat menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Jalan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra kira- kira pukul 10.24 pagi semalam.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Wee Li sementara tertuduh diwakili peguam Gabriel Susayan, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap