Stok dadah Lembah Klang dirampas

Rampasan itu dibuat pada pukul 5.55 petang oleh pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur di sebuah kontena yang dijadikan premis jualan barangan lusuh.

Lelaki berusia 38 tahun yang juga ahli kongsi gelap itu dipercayai dalang sindiket membekal dadah terbesar di pusat-pusat hiburan dan penagih di Lembah Klang sejak pertengahan tahun lalu.

Semasa serbuan, kekasih kepada dalang sindiket dadah itu berada di lokasi serbuan bersama enam lagi lelaki lain.

Difahamkan, salah seorang suspek mengaku lokasi lapang yang dijadikan stor barangan lusuh merupakan tanah miliknya. Namun, siasatan mendapati tanah itu merupakan tanah rizab kerajaan.

Perniagaan barang lusuh di stor itu hanya bagi mengaburi mata pihak berkuasa berhubung kegiatan pengedaran dadah ketamin, memetik Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap