SPRM tidak temui bukti tawar seks dan wang dalam kerajaan Selangor, kata Razali

Beliau berkata, SPRM menjalankan siasatan berhubung perkara itu selepas berlakunya dakwaan daripada ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli terhadap pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ada pernah dakwaan dibuat, bukan oleh kerajaan, tapi dari pihak sana, beritahu tentang perkhidmatan seks. Itu disiasat

“Bila disiasat, bukti (mengenainya) kita dapati tidak wujud,” kata Razali ketika menggulung perbahasan Bajet 2017, yang berkaitan SPRM dan Felda.

Ini merujuk kepada aduan kepada SPRM oleh Rafizi mengenai dakwaan terdapat permintaan untuk wanita dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang melibatkan kerajaan Selangor.

Azmin bagaimanapun berkata tuduhan itu adalah sebahagian daripada kempen untuk memburuk-burukkan kerajaannya negeri yang ditadbirnya.

Razali menyentuh tentang dakwaan tersebut ketika menjawab soalan mengenai siasatan SPRM terhadap 1MDB di Parlimen malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, ahli Parlimen Muar itu turut menyentuh tentang skandal rasuah Jabatan Air Sabah.

“Buat masa ini, siasatan kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang terima rasuah serta salah guna kuasa.

“Ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik sama ada di peringkat negeri Sabah atau kerajaan persekutuan,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri