SPRM tahan jurutera, minta rasuah beli meja ping pong dan snuker

GEORGE TOWN: Seorang jurutera jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM13,000.

Sumber berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan jam 5 petang tadi ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang.

Katanya, rasuah itu dipercayai diterima daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kontrak di jabatan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada pertengahan 2022 dan dia telah menggunakan wang itu untuk membeli sebuah meja snuker dan sebuah meja ping-pong untuk ditempatkan di pejabatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret George Town esok, bagi permohonan reman,” katanya. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap