SPRM tahan bekas akauntan berhubung projek saluran paip

Satu sumber mendedahkan bahawa wanita lingkungan usia 40-an itu ditahan sekitar pukul 12.30 tengah hari apabila beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

“Wanita itu adalah bekas akauntan syarikat kontraktor utama yang membina projek saluran paip,” kata sumber itu, memetik laporan mStar Online.

Jelasnya lagi sebelum ini sembilan suspek telah ditahan antara 25 Ogos dan 2 September berkaitan kes ini.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki turut mengesahkan penahanan tersebut sambil menambah siasatan masih berterusan berhubung penipuan RM7 juta dana melibatkan sebuah syarikat minyak.

SPRM telah membekukan 17 akaun bank berjumlah RM5.5 juta dan menyita sebuah rumah dua tingkat, beberapa buah kereta mewah termasuk empat empat buah Rolls-Royce dan Ferrari, serta dua motosikal.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat minyak dan gas didakwa mengambil rasuah daripada sub-kontraktor yang melantiknya dan meluluskan invois palsu bagi projek bernilai RM76 juta itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap