Menurut beliau, pihak SPRM mensasarkan sektor kritikal negara termasuk perkhidmatan awam khususnya agensi penguatkuasaan, badan-badan pengawal, pihak berkuasa tempatan serta negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan institusi kewangan serta perbankan.
Beliau berkata, bagi memastikan sasaran yang digariskan ini tercapai, maka fokus dan penekanan turut diberikan kepada pendekatan terhadap tindakan merampas semua semua harta dan hasil rasuah.
Katanya, hal sedemikian perlu bagi memastikan hasil rasuah dapat dikembalikan semula sebagai hasil negara dan secara tidak langsung melumpuhkan secara keseluruhannya motivasi atau punca kepada berlaku jenayah rasuah ini.
“Melalui strategi yang direncana ini maka tindakan operasi serta penguatkuasaan memerangi rasuah ini dilipatgandakan dengan lebih agresif oleh SPRM sejak Ogos lalu.
“Kerancakan operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak hampir beberapa bulan lalu kini menunjukkan hasil begitu luar biasa, positif dan membanggakan.
“Melalui tindakan agresif dari segi pelaksanaan operasi, penguatkuasaan serta penganjuran berterusan aktiviti pendidikan masyarakat, hasrat SPRM untuk menjadi sebuah agensi yang digeruni perasuah, namun pada masa sama mesra rakyat dilihat semakin dirasai masyarakat,” katanya pada sambutan Hari Rasuah Antarabangsa 2016 di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambahnya, suruhanjaya itu kini semakin digeruni banyak pihak susulan tindakan mereka yang kini lebih agresif dalam memerangi kegiatan tidak bermoral itu.
Ini termasuk dengan menjalankan tindakan agresif melibatkan pelaksanaan operasi dan juga penguatkuasaan.