Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata di China dan Indonesia, ahli politik yang terlibat dalam rasuah ditahan tanpa sebarang pilih kasih.
Beliau mengulas amaran Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad tidak akan melepaskan ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai GLC yang terlibat dalam rasuah.
“Amarannya itu tidak memberi sebarang makna, jika tidak ditujukan kepada ‘Malaysian Official 1’ (MO1).
“Mereka yang terbabit dalam rasuah perlu diheret ke mahkamah. Tindakan tegas diambil di China dan Indonesia, jika ada yang terbabit dalam rasuah. Tetapi di negara kita, tiada tindakan sedemikian,” katanya.
“SPRM perlu menangkap ‘ikan jerung’ , kalau tidak, macam mana orang akan yakin dengan suruhanjaya itu,” soalnya. –Makkal Osai