SPRM Perlis tahan pegawai imigresen

Pengarah SPRM Perlis, Yaacop Angah berkata pegawai lelaki berusia 30-an itu ditahan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kangar dua hari lalu selepas menerima aduan daripada kontraktor itu pada hari sama.

Kontraktor itu dalam aduannya mendakwa pegawai itu meminta suapan sebagai balasan untuk tidak menahan seorang pekerja asing di tapak binaan lencongan banjir Kampung Wai, Kuala Perlis, katanya dalam satu kenyataan di Kangar, pada Ahad.

Yaacop berkata SPRM turut menahan seorang juruteknik lelaki sebuah kilang di Kangar juga berusia 30-an yang disyaki terlibat sama meminta suapan itu.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu reman tiga hari bermula semalam untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia