SPRM panggil Guan Eng minggu depan

Perkara itu dimaklumkan oleh penasihat undang-undangnya, Gobind Singh Deo yang mengatakan SPRM telah menghubungi pada Jumaat lalu.

“Mereka minta dua atau tiga hari lagi. Kemungkinan Lim akan diminta memberi keterangan minggu depan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP negeri di Jalan Rangoon, semalam.

Jelas Gobind, SPRM memberitahu siasatan pembelian banglo di bawah harga pasaran itu sedang berjalan dan mereka memerlukan lebih masa untuk itu sebelum bertemu dengan Guan Eng untuk merakamkan kenyataannya.

Mengulas mengenai taklimat kepada 25 pemimpin parti termasuk wakil rakyat, ahli-ahli jawatankuasa negeri, pemimpin sayap Wanita dan Pemuda mengenai isu itu, DAP bersetuju supaya Guan Eng tidak direhatkan.

Akuan bersumpah oleh yang dibuat penjual rumah, Phang Li Koon adalah sah dan Guan Eng boleh meneruskan tugas sebagai Ketua Menteri sementara SPRM menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menyiasat Phang kerana didakwa membuat akuan bersumpah palsu selepas laporan polis dibuat terhadap beliau.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia