Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya memandang berat perkara itu kerana terdapat segelintir pihak cuba memburukkan imej agensi anti rasuah tersebut dan melaga-lagakan dengan pihak berkuasa.
“Sehubungan itu, SPRM telah membuat satu laporan polis di Johor Bahru hari ini dan meminta kerjasama orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.
“SPRM memandang berat perbuatan segelintir pihak yang cuba memburukkan imej SPRM di kacamata masyarakat seolah-olah cuba melaga-lagakan SPRM dengan pihak polis,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.
Video berdurasi 39 saat yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak itu tersebar di media sosial kononnya melibatkan kes penahanan anggota polis oleh pegawai SPRM di Johor.