SPRM minta TMJ serah maklumat dakwaan rasuah FAM

SPRM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009 pihaknya bersedia mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

“SPRM alu-alukan Tunku Ismail menyerahkan butiran berkaitan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil,” kata kenyataan itu.

Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers semalam mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan laporan aktiviti dalaman FAM yang didakwanya berlarutan selama 30 tahun.

Ini termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Tunku Ismail berkata, pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia