SPRM minta menteri serah dokumen bantu siasatan kes Guan Eng

Pengarah Siasatan Datuk Azam Baki berkata, selain siasatan oleh pihaknya, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung kes rasuah termasuk membabitkan Guan Eng menyalurkan kepada SPRM.

“Memandangkan Menteri sudah menyatakan kesediaan menyerahkan dokumen butiran penjualan tanah di Taman Manggis di Pulau Pinang kepada SPRM, kita amat alu-alukan,” katanya kepada portal Bnbbc.

Menurut Azam, pegawai-pegawai SPRM juga boleh menemui Abdul Rahman bagi mendapatkan dokumen tersebut.

Abdul Rahman Rabu malam mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa syarikat yang membeli tanah di Taman Manggis dengan harga RM11 juta daripada kerajaan negeri DAP Pulau Pinang mahu menjual kepada pihak ketiga dengan nilai harga RM20 juta.

Menurutnya, tanah yang sepatutnya dibina Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) untuk projek pembinaan hospital swasta dan hotel mewah di lokasi itu.

“Segala pendedahan itu berdasarkan dua dokumen lengkap yang diterima pihaknya dan beliau akan menyerahkan dokumen itu kepada SPRM untuk siasatan.

“Saya telah dapat maklumat tentang dokumen yang menunjukkan cubaan KLIDC untuk menjual tanah ini kepada pihak ketiga, dokumen ini diberikan oleh pihak tertentu dengan bukti jelas semuanya ada di sini di mana KLIDC membeli tanah dengan harga RM11 juta dan menjual dengan harga RM20 juta, dan saya tak teragak-agak untuk memberi kepada SPRM,” kata Abdul Rahman.

Mengulas lanjut Azam berkata, siasatan terhadap Guan Eng sedang berjalan dengan pihak SPRM mendapatkan maklumat dan keterangan-keterangan saksi yang terbabit dengan penjualan banglo dan tanah tersebut.

Beliau turut mengalu-alukan kesediaan Guan Eng untuk disiasat dan berharap Ketua Menteri itu bersedia memberi keterangan kepada SPRM bila-bila masa bagi menyegerakan siasatan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia