SPRM jamin akan panggil Guan Eng isu pembelian banglo

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali, ketika memberi jaminan menegaskan pihaknya sudah mempunyai pelan tindakan untuk memanggil Guan Eng untuk melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

“Telah ada perancangan dan tindakan, macam mana sekali pun akan dipanggil. Bahagian Operasi akan menentukan masa sesuai untuk memanggil beliau (Guan Eng),” katanya dalam satu sidang media.

Beliau berkata ketika selepas merasmikan program merakyatkan SPRM bersama masyarakat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di dataran Teluk Cempedak di sini.

SPRM didesak pelbagai pihak supaya mempercepatkan siasatan kerana sehingga kini Guan Eng masih belum dipanggil walaupun siasatan telah berjalan hampir sebulan.

Kelewatan SPRM ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam berhubung perkembangan siasatan isu berkenaan yang dianggap terlalu perlahan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia