SPRM akan ambil keterangan kontraktor, kakitangan GLC

Menurut sumber, SPRM sedang mengesan beberapa saksi bagi membantu siasatan.

“SPRM akan terus mengesan saksi-saksi yang terlibat untuk diambil keterangan sehingga kes ini diselesaikan,” katanya kepada Bernama.

Sumber itu berkata SPRM telah merampas beberapa dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.

Pada Isnin, SPRM menahan seorang pengarah GLC berusia 50 tahun bergelar ‘Datuk’ di kediamannya di Shah Alam kerana disyaki memberikan projek kepada syarikat berkepentingan ketika memegang jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah GLC sebelum meletakkan jawatan itu pada tahun lepas.

Berikutan itu, SPRM turut menyita simpanan RM39.9 juta daripada beberapa akaun bank milik suspek dan beberapa ahli keluarganya.

Pada Selasa, suspek bersama adik lelakinya berusia 35 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan di Putrajaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap