SPR siap sedia hadapi penamaan calon Isnin

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata segala persiapan di 82 pusat penamaan calon berjalan lancar.

“Bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon esok, kita (SPR) akan menempatkan petugas yang secukupnya bergantung kepada keluasan Dewan Undangan Negeri (DUN), selalunya dalam lingkungan 20 petugas di setiap pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau bilik operasi SPR, di Pejabat SPR Sarawak, di sini Ahad.

Mohd Hashim berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh SPR Sarawak termasuk pengoperasian bilik gerakannya yang akan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya itu.

Katanya, bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam sehingga ke hari pengundian 7 Mei ini bagi memastikan segala pengurusan dan penyampaian maklumat berkaitan pilihan raya itu dapat berjalan lancar. – Bernama

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai