SPR putuskan tiada PRK Sungai Air Tawar

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan bahawa kekosongan tersebut tidak menjejaskan kekuatan parti majoriti yang membentuk kerajaan negeri.

“Oleh itu, SPR memutuskan bahawa tiada PRK diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi itu berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, Khamis.

Penyandang kerusi berkenaan Kamarol Zaki Abdul Malik, 59, meninggal dunia di kediamannya, di Kampung Sungai Air Tawar, pada 17 Januari lepas.

Pada pilihan raya umum lalu, Kamarol Zaki yang mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.

Yeoh dalam kenyataan semalam menyatakan selaras dengan peruntukan Perkara LXX (5) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyatakan kekosongan itu hanya perlu diisi sekiranya bilangan parti yang membentuk majoriti DUN Selangor terjejas.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi iaitu DAP (14), PKR (13), PAS (13), BN (12), Parti Amanah Negara (2) dan Bebas (2).

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia