SPR perlu tegur Zahid, kata PKR

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, SPR perlu memberikan teguran memandangkan badan tersebut sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak untuk mengambil tindakan.

“Tidak pernah saya dengar kenyataan seperti ini sepanjang hidup saya.

“Beliau tidak boleh mengugut pengundi seolah-olah menteri-menteri BN mempunyai akses kepada pengundi dan siapa yang akan mereka undi, ” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Amanah, pada Ahad.

Izzah berkata demikian bagi merujuk kenyataan Ahmad Zahid yang mengatakan pihaknya telah membuat perjanjian dengan kira-kira 300 nelayan untuk membantu mereka dalam PRK kali ini.

Selain itu, Izzah turut menyifatkan kenyataan Zahid tersebut sebagai satu ugutan kepada para nelayan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri