SPR jawab spekulasi tarikh PRU14

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, perkara ini sudah acap kali terjadi menjelang PRU.

“Jika kita lihat, pengkaji politik ada buat kajian mereka semasa dan selepas PRU. Kemudian, ada penganalisis yang akan buat analisis mengenai pihak yang menang dan kalah dan perkara ini menjadi topik debat hangat.

“Bagi SPR mudah sahaja iaitu apabila Dewan Rakyat dibubarkan, barulah pihak kami boleh mulakan mesyuarat dan bincangkan perkara ini, seterusnya memilih tarikh sesuai untuk PRU,” katanya, pada Rabu.

Rakyat kini berteka-teki mengenai tarikh PRU14 dijangka pertengahan tahun ini, namun masih tiada jawapan mengenai perkara itu.

Kata Mohd Hashim, SPR sendiri tidak tahu bila Dewan Rakyat akan dibubar, membuatkan pihaknya sendiri berada dalam tanda tanya.

“Kami sendiri tidak tahu bila Dewan Rakyat akan dibubarkan, senang cerita tidak nampak ‘anak bulan’ lagi.

“Selagi tidak dapat surat daripada yang Dipertua Dewan Rakyat, memang tiada siapa tahu,” katanya.

Selain itu katanya, apa yang rakyat boleh lakukan kini hanya meramal situasi berkenaan mengikut pandangan mereka sendiri.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia