Spesies serangga baru dinamakan Donuld Trump

Neopalpa donaldtrumpi merupakan nama siantifik yang diberikan kepada spesies serangga yang baru ditemui selepas rupa mahkluk itu kelihatan seperti ahli politik tersebut.

Serangga berkenaan memiliki ‘mahkota’ berwarna perang menyamai bentuk rambut Trump selain bentuk mata yang sama.

Serangga tersebut ditemukan di California Selatan di AS dan Baja California di Mecixo.

Pakar biologi, Dr Vazrick Nazari yang menemukan serangga tersebut, menceritakan penemuan itu menerusi jurnal terbaharunya, Zookeys.

Menurut beliau, pemilihan nama Trump untuk serangga tersebut dibuat dengan harapan dapat menarik perhatian umum tentang keunikan spesies terbabit.

“Nama Trump mungkin dapat menyelamatkan habitat spesies itu menerusi usaha pemuliharaan secara serius,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia