Solat jenazah ghaib Haron Din dihadiri lebih 100 orang

Solat yang dilaksanakan di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Arau itu telah diimamkan oleh Abdullah Sabu.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi ruangan madrasah berkenaan yang mana rata-rata merasai pemergian Ulama PAS itu.

Difahamkan, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat (AS) selepas solat Jumaat waktu tempatan.

Haron Din meninggal dunia semalam pada jam 10.10 pagi selepas menjalani rawatan pintasan injap jantung di salah satu hospital di California. -Berita Harian Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia