Sokong calon PKR di kerusi yang tiada DAP

Beliau berkata ini kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini bukan untuk parti semata-mata tetapi mempunyai misi lebih besar iaitu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini (PRN) adalah pertarungan proksi untuk Najib. Ini kerana kerjaya dan masa depan politik beliau amat bergantung kepada keputusan pilihan raya Sarawak, tambahan ini adalah pilihan raya pertama selepas pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan),” katanya kepada pemberita.

Chong, 45, bakal bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) Wilfred Yap daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak PRN Ke-9 (2006).

“Perjuangan DAP kali ini ialah menafikan kemenangan dua pertiga BN dan bagi tujuan itu DAP perlu menang sekurang-kurangnya 28 kerusi.

“Saya percaya sasaran ini dapat dicapai dengan sokongan penyokong-penyokong kami.

“Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan terus menjadi Ketua Menteri bukan persoalan dan tiada persoalan BN akan terus memerintah Sarawak selepas pilihan raya ini,” ujarnya.

Justeru katanya, BN tidak memerlukan majoriti yang kukuh kerana perkara yang diperlukan Sarawak ialah pembangkang kuat, bagi menyediakan kuasa ‘menyemak dan mengimbangi’.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai