Skuad Piala Thomas 2018 wajah baru

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata keputusan itu dibuat susulan sebahagian besar pemain yang beraksi pada kejohanan kali ini dijangka digugurkan.

Katanya, Piala Thomas 2016 adalah platform terakhir bagi beberapa pemain utama negara antaranya Chong Wei Feng, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

“Perkara ini (rombakan) sudah dibincangkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Pengarah Teknikal, Morten Frost Hansen sebagai usaha meningkatkan pemain pelapis sedia ada.

“Ini juga sebahagian langkah kita mengisi kekosongan pemain yang bakal digugurkan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas program Fit Malaysia Pulau Pinang di sini, semalam.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2